Masjid al-Taqwa, Gual Tualang, Rantau Panjang Kelantan terletak kira-kira 6 KM dari pekan Rantau Panjang, Kelantan merupakan sebuah masjid iktikaf yang dibina atas tanah wakaf. Masjid al-Taqwa ini diasaskan oleh Hj. Awang Seman bin Yacoob dan anak-anaknya.
Ia dibina untuk manfaat kepada penduduk kampung Gual Tualang. Masjid ini mengadakan kuliah mingguan iaitu setiap pagi jumaat dan pengajian kitab pada sebelah malam.
Sekarang masjid ini perlu dibaikpulih kerana terdapat beberapa kerosakan seperti tandas yang usang, atap bocor dan tempat parking yang sangat terhad.
Namun usaha ini telah terbantut kerana ia melibatkan kos yang sangat tinggi iaitu hampir RM40,000. Kos tersebut amat membebankan kerana majoriti masyarakat di sini hanya bekerja sebagai menoreh getah, bertani dan buruh kasar.
Sebarang pertanyaan, pihak tuan bolehlah berhubung terus dengan Mohd Asri Che Ibrahim, no. hp: 019-6730809. (Setiausaha Masjid al-Taqwa).
Sekian, terima kasih.